Tuesday 25 December 2012

Puisi untuk Nura(zira)

Senyum meniti di mulut,
Bukan senyum yang biasa,
Senyum yang sama yang meniti di mata
insan dan sahabat sekelilingnya.

Pegangan dia,
kuat dan teguh walau
mungkin tak sekuat besi tapi
sesuci impian dan mimpinya.

Untuk si gadis,
air mata itu tandanya kuat,
air mata itu tanda cinta akan si Dia,
air mata yang sama yang dia tumpahkan
sebab bahagia.

Kerana indah itu bukan dia
tapi hatinya,
Kerana lemah lembut itu bukan dia
tapi peribadinya,
Kerana setia itu bukan dia
tapi kebiasaannya,
Kerana dia adalah dia.
dan dia tahu dia ada Dia.

1 comment:

  1. :') terharuuuuuuuuuuuuuuuuu~ huhuuuuu.. jazakillah ya ukhti.. <3

    ReplyDelete