Saturday 8 December 2012

Tanpa sedar.

Tanpa sedar, 
ombak yang sama yang memukul pantai, 
Tanpa sedar, 
mata yang sama yang memerhati, 
Tanpa sedar, 
tangan yang sama yang menulis ini.

Tanpa sedar.
Tanpa sedar juga
kadang-kadang kita terluka, 
kadang-kadang kita melukakan, 
kadang-kadang kita terhanyut.

Tanpa sedar.
Tanpa sedar kita meruntun, 
meruntun, meratap mahu dikisahkan, 
Tanpa sedar, 
kita menangis, tertawa kerana orang tersayang, 
Tanpa sedar, 
kita hampir hilang kewarasan kerana sesuatu, 
Tanpa sedar, 
impian menjadi kenyataan.

Semua itu tanpa sedar.
Tampa sedar yang tiada siapa sedar, 
yang kita sendiri tidak mampu sedar, 
yang kadang-kadang,
kita takut tidak akan mampu sedar lagi, 
atau takut untuk sedar kembali.

Tapi semua itu, 
semua itu, 
tanpa sedar.

No comments:

Post a Comment