Bukan aneh yang main-main,
tapi ini aneh yang dibuat oleh sang manusia.
Ditukar ini, ditukar itu,
semua pun ditukar
sehingga akar yang dulu
bukan lagi akar yang sama,
pohon yang dulu,
disiat-siat mengikut
peredaran zaman.
Tatkala mata masih keliru
dengan perubahan,
hati kata teruskan,
kerana aneh perubahan itu
jangan diganggu,
itu semua penipu
atau tipu daya
yang manusia anggap sebagai 'aneh'.