Wednesday 10 April 2013

Tegar, niat yang sama, 
dalam paradigma yang berbeza
mencantikkan langkah berirama
biar susah, biarpun sukar 
tapi ada makna perjalanan itu.

Tidak mahu kejayaan itu
kejayaan yang murah, 
Sebab kesusahan yang sementara
ada cerita di penghujungnya.

Biarlah, 
biarlah perjalanan ini susah.
Kerana, 
akhirnya, kita mampu 
tertawa gembira.