Tuesday 8 January 2013

Bahagia.

Pagi itu aku bangun, 
Bangun dengan senyuman, 
Bersama ayam-ayam yang berkokok 
mengejutkan manusia untuk terus bekerja.

Di sekeliling aku ada hutan menghijau
Yang paginya
berbual bersama-sama mereka, 
Yang petangnya
bermain bersama-sama mereka, 
Sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Sinaran matahari yang menyinar
tidak terik tidak kelam
tapi elok-elok sahaja
Elok untuk diri ini
terus tersenyum
dengan senyuman kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment