Monday 28 January 2013

Tiga hati.

Tiga hati setia diruntuhkan
dengan suara-suara enjin kereta
ditambah dengan sesaknya udara
yang dihirup
Tiga hati itu tetap berteleku
memerhati awan yang biru
masih mencintai burung-burung
yang terbang tanpa batas waktu
dan paradigma
Bait-bait perbualan menceriakan suasana
ditemani rasa kagum ciptaan Ilahi
diukir senyuman di wajah tiga hati itu
lantas diam mengisi ruang
kerana perasaan mereka
lantas disatukan oleh ketenangan kota.

No comments:

Post a Comment