Tuesday 15 January 2013

Melewati malam yang sunyi itu membuatkan aku tertanya-tanya, di mana letaknya harga diri manusia? Di kaki? Di lutut? Atau dibiar terus dihapuskan oleh arus pemodenan? Kerana duit mereka ketepikan maruah diri, kerana duit dibiarkan anak-anak menjadi penagih kasih sayang yang tak kunjung tiba. Bukti? Lihat sekeliling anda. Kalau benar manusia itu cinta akan manusia, kenapa dibiarkan penagih dadah terus duduk di kaki lima, kenapa dibiarkan bapa, abang terus menikmati makanan yang menagihkan itu, kenapa dibiarkan remaja membuang anak tidak berbapa tanpa ada rasa kasihan? Betulkah lafaz cinta anda terhadap manusia itu? Betulkah anda cinta aku? Betulkah anda cinta mereka? Jika ya, hentikan ini semua. Jika tidak, tak mengapa. Teruskan menjadi hanya pemerhati.

No comments:

Post a Comment