kalau aku bilang,
aku hilang?
Hilang mencari jalan pulang
kerana dalam pencarian
mencari-Nya aku mungkin lelah
atau tersilap langkah.
Pasti kau ragu,
mana mungkin hilang
kalau ukhuwwah terbina kuat tidak terbayang.
Mana mungkin hilang,
kalau ilmu disogok tak henti-henti buat diri.
Mungkin tak hilang,
tapi ada kurang pada diri,
pada hati.
Tertulisnya puisi ini
kerana ada kesedaran
tapi
apakah ada kekuatan?
Dan percayalah wahai hati,
"...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..."
kerana selangkah kita mendekati Dia,
maka seribu langkah Dia mendekati kita.
Tapi mungkin juga hilang
tanpa bayang
dan esok lusa
mampukah hasrat aku
ketawa riang bersama-sama
pejuang Islam
di Taman syurga
akan bertandang?
No comments:
Post a Comment