Monday 21 July 2014

Dalam otak.

Merangkak-rangkak aku merungkai
apa ada dalam otak.
Yang aku lihat
hanya serabut pikiran,
falsafah atau mungkin,
spekulasi
yang buat diri tak lena tidur
dan bila mata dipejam
sampai mengganggu
bunga-bunga tidur
yang membuai rasa.

Cukuplah
kalau aku bilang
dalam otak ini serabut
sampai kau mungkin takut
dan
biarlah
aku sendiri rungkaikan
apa yang berselirat
kerana bila ditanya,
jawapan aku
cuma satu
itu serabut pemikiran
manusia yang lemah
lagi tak berdaya
menahan rasa
yang mudah alpa.

(This was written to fulfill someone's request, "Tulis apa yang ada dalam otak awak")

No comments:

Post a Comment