kerana terlalu leka melihat peta,
bukanlah peta mencari jalan pulang
tapi hamparan peta dunia
yang sering aku tatapkan,
bukan kerana menyimpan niat
mahu terbang ke seantero dunia,
bukanlah juga cuba mencari
tanah tumpah darah hamba
tapi kerana hati meronta-ronta
tatkala diri lemah tak terdaya.
Anak mata bergerak perlahan
ke tengah peta,
melilau mata mencari Mesir,
revolusi yang tercetus diharap berakhir
agar anak-anak kecil mampu terus
ketawa bahagia.
Hati remuk dihiris belati
sekilas pandang yang di utara,
Konflik lama yang tetap aktual,
Teguhlah,
teguhlah wahai jiwa-jiwa Palestina,
hati dituntut agar kita
terus tegar berjihad,
mencari keadilan dalam kekeruhan.
Menyelusuri lautan Hindi,
bersaksikan kesukaran hidup
insan-insan di Somalia, Ethiopia dan
senarai itu satu persatu merumus
benua Afrika itu sendiri
cukup untuk menginjak paradigma kita,
Apakah kemiskinan kita hanya lihat
dengan mata kasar?
Apakah yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin
akan terus kita banggakan
dan apakah itu yang kita katakan
pembangunan ekonomi?
Jauh di sudut kota New York
itu sendiri,
melewati lewat malam
kurang 0 darjah selsius
ada hati-hati yang meratapi
jiwa-jiwa untuk prihatin dan ingat pada mereka.
Lantas di sebalik diri ini,
ada sekelumit angan-angan
untuk jadi Wonder Woman
atau Burka Avenger atau hanya diri sendiri
untuk bangun melangkah mengubah dunia.
Atau adakah aku akan terus
menjadi pemerhari peta dunia membiarkan
kuasa-kuasa besar menindas yang lemah?
Biar peta dunia tetap di situ,
biar peta dunia itu mampu
menjadi inspirasi untuk aku
bersama-sama yang lain
No comments:
Post a Comment