kisah ini masih belum berakhir,
Sebab burung-burung yang terbang
masih belum lelah untuk terus terbang.
Ada senyuman
yang masih mampu memberi harapan,
Kalau buruk,
teruskan berjalan
walau khuatir tidak menemui kejayaan,
Kalau baik,
teruskan berlari,
mungkin larian ini
masih belum cukup pantas.
Mujurlah,
kisah ini masih belum berakhir
kerana diri ini tidak akan pernah lelah.
No comments:
Post a Comment