Tuesday 26 February 2013

Kehujanan.

Rasa itu rasa yang menenangkan.
Bukan rasa yang biasa-biasa tapi rasa
yang membawa aku ke satu agenda bukan milik diri.
Agenda yang enggan dipersoalkan lagi.

Sayup-sayup angin berbisik,
aku kembali menatap realiti,
dikirimkan khabar dari jauh buat teman. 
Ku pejamkan mata, dan senyuman menyapa, 
Ku pejamkan mata, dan wajah itu yang tiba.

Mungkin engkau tidak tahu, 
tapi aku tahu, 
dan yang pasti Dia juga tahu
kerana dalam kehujanan ini,
kau yang aku fikir. 

No comments:

Post a Comment