Wednesday 5 September 2012

Ego itu apa sebenarnya?

Ego itu apa sebenarnya?
Mereka kata,
Ego itu seperti kawan baik,
Kawan baik manusia,
Menjaga manusia dari dilukai,
Menjaga manusia dari menjadi hamba abdi.

Tapi ego itu apa sebenarnya?
Mereka kata,
Ego itu bagai oksigen,
Jika terlebih, habis terbakar semuanya,
Jika terkurang, habis matilah manusia,
Ada juga kata,
Ego itu bukan ego,
Tapi ego itu maruah,
Atau mungkin juga darjat
Atau satu perasaan yang merumitkan
Tapi,
Ego itu apa sebenarnya?

Manusia dan ego,
Kadang-kadang disalah tafsir,
Katanya, ego itu untuk menjaga,
Tapi salah, ,
Ego itu melukakan,
Ego itu menyakitkan,
Katanya,
Ego itu perlu ada,
Tapi ada pada siapa?
Pada semua orang mungkin,
Tapi persoalannya lagi,
Ego itu apa?

Semalam aku ego,
Ego kerana aku rasa aku sudah cukup hebat,
Esoknya aku ego lagi,
Ego kerana aku rasa kasih sayang mereka itu
Tidak membawa makna,
Esoknya pula,
aku terus ego dan ego dan ego,
ini semua kerana,
aku ego,
engkau ego,
dia ego,
mereka ego,
semuanya ego,
tapi, ego itu apa sebenarnya?


No comments:

Post a Comment